17 August 2015

Blog Lama Berwajah Baharu!


Assalamualaikum. Hai semua! :)

quotes, life quote
Let today be the start of something new!


Blog lama berwajah baharu. Blog nie dah lama wujud sebenarnya dan kalau tak silap aku buat blog nie pada tahun 2011. Dulu aku gunakan blog nie khas untuk join contest dan giveaway sahaja. Blog Arol Mubin pulak jadi tempat untuk aku merapu. Waktu tue aku memang aktif blogging dan join contest serta giveaway. Zaman budak sekolah tak reti nak buat aktiviti berfaedah selain daripada siapkan homework dan ulang kaji untuk peperiksaan. Maka, setiap hari aku mengadap blog jelah. Ada jugak faedahnya.

Ku sangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengahari. Akhirnya blog nie jadi sunyi sepi dan terbiar begitu sahaja selepas aku dah tak aktif join contest dan giveaway atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Rasanya kalau tak silap aku URL blog nie dulu ialah http://arolgiveaway.blogspot.com. Banyak kali tukar URL sebenarnya tetapi URL yang tue paling lama guna. Sekarang dah bertukar jadi http://setabah.blogspot.com.

Saje jek cerita serba sedikit tentang blog nie walaupun takde sesiapa yang nak tahu.


The most important step of all is the first step. Stop wishing, start doing!